Diabetic Neurophaty adalah masalah saraf yang berpunca daripada Diabetes / Kencing Manis.
Ia kebiasaannya menyebabkan kebas-kebas atau kehilangan deria rasa di bahagian bawah kaki, pergelangan tangan dan lengan kerana saraf dibahagian tersebut telah rosak.
Cara paling baik untuk mencegah masalah ini ialah mengawal kadar glukosa dalam darah. Mengambil makanan berkhasiat, rendah Karbohidrat, selalu bersenam serta mengambil ubat yang betul dan selamat adalah sangat penting.
Risiko
National Diabetes Information Clearinghouse (NDIC) melaporkan 60 peratus hingga 70 peratus pesakit Neurophaty menghidap Diabetes, peluang masalah ini lebih parah semakin tinggi.
Kandungan gula dalam darah yang tidak terkawal, Obesiti, tekanan darah tinggi, Kolestrol dalam darah adalah risiko utama mendapat masalah Neurophaty.
Jenis Neurophaty
Peripheral Neurophaty, yang menyerang anggota badan yang selalu kita dengar. Lain-lain jenis menyerang saraf Jantung, paru-paru, organ seks atau mata. Jenis yang lain menyebabkan sakit di bahagian pinggul, peha atau punggung. Jika ianya serius, ia menyerang pada mana-mana bahagian badan.
Penjagaan Kaki Yang Betul
Pesakit Kencing Manis dinasihatkan agar selalu memeriksa bahagian kaki kerana peredaran darah atau deria rasa bermasalah. Jika mereka ada luka atau tercedera, ia boleh menyebabkan jangkitan teruk kerana di kawasan tersebut tiada tindak balas (rangsangan deria).
NDIC melaporkan penjagaan kaki yang rapi dapat menyelamatkan hampir separuh daripada 86,000 pesakit yang luka setiap tahun. Bagi pemeriksaan kaki yang betul, perlulah dipastikan agar rekahan, luka atau lain-lain masalah tiada. Jika terdapat tanda-tanda tersebut dan luka tidak baik dalam 2 hingga 3 hari dinasihatkan berjumpa doktor dengan kadar segera.
*Dapatkan rawatan segera di Pusat Rawatan Diabetes Ibnu Tahir. Jangan sehingga ia tidak dapat diselamatkan lagi. Tiada apa yang kami boleh bantu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan