8 gelas sehari? Lebih atau kurang? Jumlah air yang perlu kita minum tidak semestinya 8 gelas tepat.
Di bawah ialah faktor-faktor yang meningkatkan keperluan air dalam badan termasuk:-
- Banyak pergerakan fizikal
- Cuaca panas dan kering
- Kawasan beraltitud tinggi, kelembapan udara kurang
- Ketika sakit terutamanya demam, muntah-muntah dan cirit-birit
Data menunjukkan untuk wanita dewasa mereka perlu minum air sebanyak 2.7 liter (91 Fluid Ounces) sehari. Oleh kerana makanan juga dikira sebagai 20 peratus air, ini bermakna air perlu diminum sebanyak 2.2 liter (74 Fluid Ounces atau 9 cups) sehari.
Walaupun meminum air kosong adalah cara terbaik bagi menggantikan air yang telah hilang dari badan, minuman seperti Teh, Susu, Sup, Jus buah-buahan dan minuman Isotonik juga berkesan. Diingatkan minuman seperti Caffeine dan Alkohol menyebabkan badan mengeluarkan air lalu menyukarkan badan untuk menyimpan air.
Bagi orang dewasa yang sihat, apabila air mencukupi mereka tiada masalah serta jarang berasa dahaga dan air kencing mereka jernih atau warna cair kekuningan. Apabila mereka semakin tua, mereka mungkin akan merasa tidak dahaga dan ini amat membimbangkan. Dinasihatkan supaya minum dengan cukup dan mengikut waktu.
Tanda-tanda bagi mereka yang kurang minum air ialah bibir kering, sakit kepala, pening kepala, kencing yang sedikit atau tidak kencing langsung serta sembelit.
Pada kami, 3 liter perlu kerana dengan cuaca yang ekstrem pada masa kini memaksa kita untuk mendapatkan air yang cukup.
sumber - Pandangan admin
http://www.sciencedaily.com
Tiada ulasan:
Catat Ulasan