Khamis, 8 Januari 2015

5 point penting yang harus anda tahu mengenai luka lambat sembuh serta mencegah jangkitan.

5 point penting yang harus anda tahu mengenai luka lambat sembuh serta mencegah jangkitan.

1. Peredaran darah kurang lancar

Kandungan gula dalam darah yang tinggi akan menyebabkan Arteries menjadi kental/keras, lalu saluran darah sempit. Jika ini berlaku, oksigen dan aliran darah akan lambat sampai ke bahagian luka. Pada waktu yang sama, luka akan lambat sembuh kerana nutrien dan oksigen tidak mencukupi.

Kandungan gula dalam darah yang tinggi juga akan memberi kesan negatif pada sel darah merah yang membawa nutrien kepada tisu, terutamanya bahagian kaki. Jika gula dalam darah tinggi, sel darah putih tidak dapat melawan jangkitan untuk melindungi badan seperti sepatutnya berlaku.

2. Neurophaty

Jika gula dalam darah tidak dikawal, saraf dalam badan akan bermasalah, yang mana akan mengakibatkan kehilangan deria rasa. Ini dipanggil Diabetic Neurophaty. Harus berhati-hati, risiko bagi pesakit Diabetes untuk mengelakkan kecederaan, kerana pesakit kurang atau tidak berasa sakit langsung dan jika tidak perasan jangkitan kuman sudah berlaku.

3.Ischemia
Ischemia berlaku ketika darah tidak sampai kepada tisu badan. Ischemia Ulser kebiasaannya boleh dilihat jika memakai kasut yang ketat. Sebagai contoh, luka di bawah kuku. Luka sebegini boleh melarat dengan tanda warna pucat dan kemerah-merahan pada peringkat awal.

4.Sistem Imunisasi
Jika gula dalam darah tinggi, sistem imunisasi tidak dapat melindungi atau membaikpulih badan seperti sepatutnya, yang mana meningkat risiko jangkitan. Kajian menunjukkan terdapat enzim dan hormon yang dirembes di dalam badan yang bertindakbalas dengan gula dalam darah, mengakibatkan sistem imunisasi kurang baik.

5. Obesiti
Obesiti, yang selalu dikaitkan dengan Diabetes Type 2, juga mengakibatkan kesan negatif pada proses pemulihan. Salah 1 sebab kenapa Obesiti melambatkan proses baikpulih adalah kerana tisu lemak yang tidak mempunyai apa-apa nutrien yang diperlukan oleh sel darah tidak memberi faedah kepada proses baikpulih.

Bagaimana mencegah jangkitan dan mempercepat proses penyembuhan.

Sentiasa mengamalkan diet pemakanan yang sihat. Ini membantu melancarkan peredaran darah. Diet mestilah lengkap dengan vitamin, seperti vitamin c.

Periksa mana-mana luka yang anda tidak perasan, terutamanya kaki. Dapatkan rawatan segera di Pusat Rawatan Diabetes Ibnu Tahir.

Sentiasa bersenam, minum air yang cukup, jaga berat badan. Ini mengurangkan risiko masalah jantung. Jantung adalah komponen penting untuk kelancaran peredaran darah dan untuk luka sembuh dengan cepat.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan