Khamis, 8 Januari 2015

Gastroparesis & Diabetes

Gastroparesis adalah penyakit yang mana perut mengambil masa yang lama untuk kosong. Ia berlaku pada Diabetes Type 1 dan Type 2.

Bagaimanapun,  Type 1 lebih berisiko tinggi. Apabila gula dalam darah selalu turun naik, Diabetes boleh merosakkan saraf Vagus. Saraf ini yang menggerakkan makanan turun ke bahagian penghadaman.

Mengapa Gastroparesis bermasalah pada penghidap Diabetes?

Apabila saraf Vagus gagal berfungsi, ini mengakibatkan makanan mengeras menjadi pepejal, memudahkan ia tersangkut & berpotensi mendapat jangkitan kuman.

Bila perut tidak berfungsi dengan baik, penyerapan glukosa juga terganggu, membuatkan gula dalam darah sukar dikawal. 20% berlaku pada Diabetes Type 1.

Simptom Gastroparesis
-Loya
-Muntah-muntah
-Cepat berasa kenyang ketika makan
-Hilang berat badan
-Perut kembung
-Perut tidak selesa

www.ibnutahir.weebly.com
www.ibnutahirdibetes.blogspot.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan