Carbohydrates
Karbohidrat adalah 'King' pada Diabetes, dan kita kena tahu bagaimana ianya bertindakbalas pada kandungan gula dalam darah. Karbohidrat akan sentiasa tertulis sama ada 'Total Carbohydrates' atau 'Net Carbohydrates'. 'Total Carbohydrates' merujuk kepada jumlah keseluruhan Karbohidrat dalam makanan sebelum jumlah Serat di tolak-untuk mendapatkan 'Net Carbohydrates'. Seterusnya perlu dipastikan sumber karbohidrat tersebut. (Sama ada Gula, Tenusu, Sayuran, dan lain-lain)
Fiber
Makanan tinggi Serat akan mengurangkan jumlah 'Net Carbohydrates' dan melambatkan penyerapan Karbohidrat. Serat juga menstabilkan kandungan gula, jadi ia adalah pilihan yang bagus untuk Diabetes. Jumlah had kebanyakan yang disarankan ialah 25-38gm kandungan serat sehari. Mungkin boleh lebih. Bergantung.
Protein
Protein penting untuk Diabetes atas beberapa sebab:Untuk berasa kenyang yang lama, jadi kurang kepada makanan ringan/snek; membantu menstabilkan kandungan gula; dan membolehkan badan membakar lemak sebagai tenaga, selain karbohidrat.
Protein akan tertulis label, dan ia datang daripada pelbagai sumber: Tumbuhan, Makanan Laut, Ayam/Burung, kacang dan daging.
Sesetengah tumbuhan yang berasaskan protein juga mengandungi Karbohidrat, manakala daging tiada langsung.
Kandungan Protein yang perlu diambil bergantung kepada berat badan, umur dan faktor gaya hidup.
Sugar
Gula pula kategori yang perlu anda beri perhatian pada label Nutrisi Makanan. Gula adalah sesuatu bagi pesakit Diabetes (malahan bagi orang sihat) yang harus dielakkan secara umumnya. Gula adalah Sucrose dan pada kami ia tidak mengapa.
Fat
Apabila membaca label Nutrisi Makanan, perlu diberi perhatian mengenai kandungan Lemak. Lebih tinggi Lemak, lebih tinggi kandungan Kalori (berpotensi berat badan naik). Walaupun 'Healthy Fats' baik untuk mengawal rasa lapar, jika terlalu banyak boleh menyebabkan komplikasi Hati dan Pundi Hempedu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan