Suntikan Insulin kedengaran biasa bagi penghidap Diabetes Type 1 dan Type 2. Bagi mereka yang baru peringkat permulaan suntikan, pasti ianya memeritkan.
Bagi anda yang ragu-ragu, berikut beberapa tips.
KESAKITAN
Bagi yang tidak biasa, akan berasa sakit dan sememangnya ianya sakit. Kini, ada pelbagai saiz jarum dan lebih halus dan mungkin mengurangkan kesakitan.
HYPOGLYCEMIA
Ketika mula-mula suntikan, agak sukar untuk anda menstabilkan insulin dengan kandungan gula. Jika pengambilan Karbohidrat tidak seimbang, menyukarkan anggaran jumlah insulin yang harus diambil. Biasanya anda akan mengalami Hypoglycemia (Gula terlalu rendah dalam darah). Untuk mengelakkan ia berlaku, ambil Glucose Tablet atau sedikit Jus.
SIMPANAN
Boleh simpan dalam peti sejuk, tapi jangan letak bahagian Freezer. Jangan goncang untuk mengelakkan ia bergumpal. Pastikan tarikh luput diperiksa sebelum guna dan menggunakan jenis yang betul.
PERCUTIAN
Sentiasa periksa bacaan gula ketika bercuti, terutamanya di luar negara kerana waktu makan mungkin berubah.
Ketika di Lapangan Terbang, pastikan insulin ditandakan dengan jelas bagi memudahkan pemeriksaan.
Akhir sekali, pastikan insulin tidak terdedah kepada suhu yang tinggi.
Sumber - Admin
Tiada ulasan:
Catat Ulasan